Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : (péning) IB bulatan drpd timah dll yg bercap sbg tanda sudah membayar lesen anjing dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ning] | ڤنيڠ

Definisi : 1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,

2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

Kata Terbitan : memeningkan,

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASPIRIN

Aspirin, juga dikenali sebagai asid asetilsalisilik ,

ialah salah satu ubat yang paling biasa digunakan

di dunia. Ia membantu melegakan sakit akibat

pening dan artritis dan mengurangkan demam

akibat infeksi. Ia juga melegakan radang yang

disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Di

samping itu, aspirin mengganggu pembekuan

darah, dan dengan itu ia berguna bagi mencegah

serangan jantung, sesetengah strok dan

gangguan-gangguan lain yang melibatkan

pembekuan darah. Ia adalah ramuan aktif dalam

banyak jenama dagang, pelega sakit tanpa

preskripsi.

UMUM 
SEMBELITSembelit ialah keadaan apabila usus tidak

membuang bahan sisa semudah biasa.

Orang yang sembelit tidak dapat membuang air

besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit

atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin

berasa pening kepala dan sakit tulang belakang.

Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang

lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak

tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila

seseorang sering mengambil julap atau tidak

mengambil jenis makanan tertentu secukupnya,

terutama makanan yang mengandungi serat.

Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu

atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang

menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil.

UMUM 
MABUK KETINGGIAN

Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami

pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa

tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali

sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini

disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada

tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan

oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah

sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu,

loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat

kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes,

seseorang akan muntah apabila mengalaminya.

UMUM 
ANEMIA

Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah

yang sihat berkurangan di bawah paras normal.

Sel darah merah mengambil oksigen di dalam

paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di

seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan

dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga.

Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah

tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen

yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah

atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit

kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung

yang deras, dan kesukaran bernafas.

UMUM 

Kembali ke atas