MUTIARA | Mutiara ialah satu daripada permata yang paling berharga. Mutiara yang besar, berbentuk sempurna setara nilainya dengan batu permata yang paling berharga. Tetapi, mutiara berbeza daripada permata-permata lain. Kebanyakan permata adalah mineral yang dilombong dari bawah bumi. Tetapi mutiara terbentuk di dalam cangkerang tiram. Permata mineral adalah keras dan biasanya memantulkan cahaya. Bagaimanapun, mutiara adalah agak lembut dan menyerap serta memantulkan cahaya. | UMUM | |
PERMATA KELAHIRAN | Permata kelahiran ialah permata yang dikaitkan dengan sesuatu bulan bagi setahun. Menurut tradisi, permata kelahiran membawa nasib yang baik kepada orang yang dilahirkan pada bulan yang berkaitan dengan batu itu. Setiap permata kelahiran juga dihubungkan dengan tanda zodiak. Walau bagaimanapun, tarikh lahir bagi setiap tanda tidak serupa dengan permulaan dan akhir setiap bulan. | UMUM | |
PERMATA | Permata ialah mineral atau bahan lain yang digunakan dalam barang kemas dan hiasan lain. Permata termasuk berlian, zamrud, baiduri, dan delima, serta permata yang dibuat di makmal dan permata tiruan lain yang dicipta secara artifisial. Apabila dilombong, kebanyakan batu permata asli mempunyai permukaan yang kasar dan bentuk yang tidak sekata. Pemotong permata yang mahir kemudiannya akan memotong dan menggilap batu- batu tersebut untuk menyerlahkan kecantikannya. | UMUM | |
BATU PERMATA TIRUAN | Batu permata tiruan ialah batu permata yang menyerupai batu permata asli. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
DOUBLET | Doublet dalam pakaian, lihat Pakaian (Zaman Renaissance); dalam barang kemas, lihat Permata (Permata tiruan dan sintetik). | UMUM | |
DIOPSID | Diopsid ialah mineral dengan kilauan berkala yang terdapat dengan banyak. Diopsid kadangkala digunakan sebagai batu permata (lihat Permata [gambar]). Ia tergolong dalam kumpulan mineral pembentuk batuan yang dinamakan piroksen. | UMUM | |
BATU PERMATA | Kajian terhadap aspek teknikal mineral berharga dan bhan permata yang biasa digunakan dalam perhiasan. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
BATU PERMATA | Batu permata ialah sejenis batu yang berharga dan digunakan sebagai barang kemas atau hiasan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
TANZANIT | Tanzanit ialah batu permata separa bernilai. Ia adalah jenis mineral yang dinamakan zoisit . Hablur tanzanit adalah trickroik (tiga warna). Apabila batu permata ini dipusingkan, warnanya bertukar daripada biru tua kepada ungu kepada hijau kekuningan. | UMUM | |
PERIDOT | Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya berwarna kehijauan kerana kandungan besinya. Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang emas memotong dan mencanai peridot berkualiti tinggi untuk menghasilkan permata yang mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai barang kemas yang indah-indah. Peridot yang rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan empelas dalam proses yang dikenali sebagai tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan. Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran untuk bulan Ogos. | UMUM | |