Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,

Peribahasa

Walaupun ada umpan,
     belum tentu ada ikan.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKSTRAK

Ekstrak ialah persediaan pekat bahan-bahan

tertentu yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan,

herba, bunga-bungaan atau tisu haiwan.

UMUM 
EMETIK TARTAR

Emetik tartar ialah persediaan ubat yang

pernah digunakan untuk membolehkan seseorang

itu muntah. Kini ubat ini digunakan untuk pesakit

mengeluarkan kahak dan mukus.

UMUM 
ARMADA PERTAMA

Armada Pertama membawa banduan pertama

dari Britain ke Australia pada tahun 1788. Pelayaran

ini mengambil masa lapan bulan.

Persediaan. Pada bulan Ogos 1786, Teluk

Botany, di pantai timur Australia dinamakan

sebagai tempat baru bagi menerima banduan yang

dibawa dari Britain. Admiraliti Inggeris mula

mengatur Armada Pertama, yang akan mengangkut

kira-kira 700 banduan, berserta pegawai dan askar

marin untuk mengawal banduan itu.

UMUM 
MIKROTOMI

Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan

mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni

menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui

mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek

boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop

(lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti

digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya

boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan

cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi.

UMUM 
ROBEY, SIR GEORGE

Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah

seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia

terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas

dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang

persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The

Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914–

1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam

The Bing Boys Are Here, yang termasuklah lagu “If

You Were the Only Girl in the World “.

UMUM 
SALINGER, J.D.

Salinger, J.D. (1919– ), pengarang Amerika

yang menjadi terkenal kerana novelnya The

Catcher in the Rye (1951). Wira novel ini yang juga

penceritanya, Holden Caulfield, ialah penuntut

yang tercicir dari sekolah persediaan. Semasa

hanyut di New York City, Holden belajar

menghadapi kepura-puraan yang ditemuinya

dalam kehidupan dunia orang dewasa dan

kelemahannya sendiri. Dalam novel ini dan dalam

banyak fiksyen yang dihasilkannya kemudian,

Salinger secara humor dan meyakinkan

menggambarkan ucapan, gerak-geri dan perasaan

orang muda.

UMUM 
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 
SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU

SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU, pusat latihan persediaan perguruan pertama di Kelantan.  Sekolah latihan perguruan ini ditubuhkan pada tahun 1926. Dua orang guru berpengalaman dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dipinjamkan untuk mengajar di sekolah ini.  Mereka ialah Arshad bin Talib dan Ujang bin Malaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOHD. ISMAIL SARBINI

MOHD. ISMAIL SARBINI (1950-    ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu.

SASTERATokoh

Kembali ke atas