Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya. Ahli kimia membentuk amina dengan menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom hidrogen pada ammonia dengan mana-mana kumpulan struktur organik yang mengandungi karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh asid, amina membentuk garam (lihat Garam; Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci, pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem fotograf, dan perencat karat. |