Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (paku-pakis yg batangnya keras dan biasa dibuat kalam), bengkawang, Gleichenia linearis; ~ lumut = ~ padi sj tumbuhan (paku-pakis), paku telur belangkas, temangah, Cheilanthes tenuifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. adat kebiasaan, aturan-aturan yg menjadi adat; adat ~ adat (aturan) yg biasa; hukum ~ ark hukum adat; 2. pembawaan, kebiasaan, sifat, tabiat: dlm pantun banyaklah terdapat perasaan, fikiran, ~, dan tabiat orang Melayu; ~ tubuh Id keadaan tubuh; seresam sesuai; ~ dgn sesuai dgn; resaman resam; ® resmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung, Pnoepyga pusilla harterti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan pakis yg batangnya keras dan dpt dibuat kalam, Gleichenia linearis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 peraturan yg menjadi adat; adat yg dipakai turun-temurun: adat ~ peraturan atau adat yg biasa. 2 apa-apa yg selalu dilakukan; tabiat; kebiasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resam (kata nama)
1. Bersinonim dengan kebiasaan: kelaziman, adat, istiadat, amalan, adab, hukum, lembaga, peraturan, tradisi, upacara, prosedur, tatacara, tatasusila, tatatertib,

2. Bersinonim dengan resmi: pembawaan, sifat, tabiat, kebiasaan, perangai, kelakuan.,


Puisi
 

Sepuluh hari di Teluk Ramunia,
     Orang bertandak di atas tanah;
Sudah menjadi resam dunia,
     Di mana bengkak di situ menanah.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RESAM

RESAM (Dicranopteris linearis daripada famili Gleicheniaceae),  sejenis tumbuhan kecil yang berbatang keras dan tumbuh secara memanjat atau merayap sehingga menutup permukaan tanah dan menjadi belukar.  Nama lain bagi tumbuhan ini ialah pakis andam.

BUDAYASumber/Bahan Alam
MORES

Mores ialah adat resam yang menggambarkan

idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul

dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan

dalam kebanyakan masyarakat tentang

pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan

sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores

masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan

hukuman yang keras. Istilah mores berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud adat.

UMUM 
MISHIMA, YUKIO

Mishima, Yukio (1925–1970) ialah nama pena

novelis Jepun yang banyak menulis tentang adat

resam pahlawan samurai zaman purba. Apabila

dikritik oleh masyarakat moden yang demokrasi, dia

dan rakannya membunuh diri mengikut adat

Samurai, seppuku. Lihat Samurai.

UMUM 
SWIFT, JONATHAN

Swift, Jonathan (1667–1745) ialah pengarang

Inggeris yang menulis Gulliver’s Travels (1726),

sebuah mahakarya kesusasteraan komedi.

Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan

oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea

dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau

membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat

melucukan dan menyenangkan. Swift

memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku

rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang

Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap

Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang

menjadi wira di Ireland Roman Katolik.

UMUM 
KAUM HIPI

Kaum hipi ialah anggota pergerakan remaja

pada tahun 1960-an dan 1970-an yang bermula di

Amerika Syarikat dan merebak ke Kanada, Great

Britain dan banyak negara lagi. Kaum hipi menolak

adat resam, tradisi dan gaya hidup masyarakat dan

cuba mengembangkan cara hidup mereka sendiri.

UMUM 
KESUSASTERAAN JEPUN

Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai

salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia

menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun,

seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam

dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar.

Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan

sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M.

Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri

daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan

mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang

demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui

oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an.

UMUM 
PATRIOTISME

Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang

setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa

kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa

kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa

bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada

kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan

perasaan bersatu dengan negara.

UMUM 
TUAI RUMAH

TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan ‘anak-biak’ atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai ‘penjaga’ adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun.

BUDAYAKonsep
ORANG TUA

ORANG TUA, gelaran kepada ketua kampung di Sabah dan Sarawak. Gelaran ini merujuk kepada orang yang telah dilantik sebagai pemimpin dan wakil kerajaan sesebuah kampung. Lazimnya orang yang dilantik oleh penduduk sesebuah kampung sebagai ‘orang tua’ ialah orang lelaki yang sudah berkahwin, arif tentang adat resam tempatan dan berasal daripada keluarga pemimpin. Sebagai satu konsep ‘orang tua’ membawa erti kebajiksanaan serta mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang adat resam anak buah dan kampung lain.

BUDAYAJawatan/Gelaran
HUKUM KANUN BRUNEI

HUKUM KANUN BRUNEI, teks undang-undang tradisional Brunei. Undang-undang ini merupakan adunan antara hukum adat resam dengan hukum Islam yang bersumberkan al-Qu’ran dan hadis. Teks Hukum Kanun Brunei disadur atau disusun berdasarkan teks Undang-undang Melaka yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Melaka pada akhir abad ke-15.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
12

Kembali ke atas