Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ria.dah]/[ria.dah] | رياضه

Definisi : Ar amalan kerohanian utk mengawal hawa nafsu, mis berpuasa, mengamalkan amalan sunat dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria.dah]/[ria.dah] | رياضه

Definisi : Ar 1. gerak badan, senaman; 2. segala kegiatan yg dilakukan pd waktu lapang utk menyihatkan badan dan fikiran (spt ber­senam, bermain, dsb), rekreasi; beriadah 1. melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam; 2. melakukan riadah (rekreasi), berekreasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria.dah]/[ria.dah] | رياضه

Definisi : latihan gerak badan; senaman. beriadah melakukan riadah; ber­senam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riadah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan rekreasi, senaman, sukan, olahraga, permainan, persantaian, hobi.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AEROBIK

 Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk

meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di

dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk

berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung,

meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai

orang mengambil bahagian dalam program aerobik

untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta

mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang

sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara

tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

UMUM 
SUKAN

Sukan ialah aktiviti olahraga yang teratur yang

dimainkan secara individu atau berpasukan.

Kebanyakan sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan

wanita, dan juga kanak-kanak lelaki dan

perempuan. Ramai orang menyertai sukan sebagai

amatur untuk keseronokan peribadi, gemar kepada

pertandingan, ataupun sebagai suatu bentuk

riadah atau senaman yang menyihatkan badan.

UMUM 
SKUASY

Skuasy, juga dikenali sebagai raket skuasy,

sejenis permainan yang dimainkan di dalam

dewan, yang menyerupai permainan bola baling.

Namun demikian, skuasy dimainkan dengan

menggunakan raket dan sebiji bola getah hitam

yang lompong dan keras, hampir sebesar bola golf.

Pemain akan menggunakan raket untuk memukul

bola ke empat-empat dinding gelanggang.

Berbagai-bagai gaya pukulan boleh dilakukan, dan

bola bergerak dengan amat pantas. Ramai orang

bermain skuasy sebagai riadah dan untuk

kesihatan. Tetapi permainan ini juga merupakan

suatu jenis sukan tandingan yang serius dan

menyeronokkan.

UMUM 

Kembali ke atas