[su.kan] | سوکن
Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai aktiviti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.kan] | سوکن
Definisi : sj tumbuhan (herba), Coleus amboinicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.kan] | سوکن
Definisi : segala jenis latihan gerak badan dan permainan (spt bola sepak, berenang) yg memerlukan tenaga dan ketangkasan: ~ Olimpik sukan seluruh dunia yg diadakan empat tahun sekali. ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing dan menembak. bersukan bergiat dlm sukan; melakukan atau menyertai aktiviti sukan: Dia sentiasa kelihatan sihat kerana sering ~. kesukanan hal-hal yg berkaitan dgn sukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)