PROSTETIK | Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang. (2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas. | UMUM | |
DARMANTO JT. | DARMANTO JT. (1942- ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 16 Ogos 1942 di Jakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Darmanto Jetnam (Jatman). Dia melanjutkan pelajaran di Fakultas Psikologi, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Darmanto ke Hawaii pada tahun 1972 dan ke London pada tahun 1977 untuk memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia pernah dilantik sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Rupa Indonesia, Yogyakarta. Sekarang Darmanto bertugas sebagai pensyarah di Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Diponegoro, Semarang. 1"> | SASTERA | Tokoh |
DANARTO | DANARTO (1940- ), penulis, pelukis dan aktivis teater Indonesia. Dia lahir pada 27 Jun 1940 di Mojowetan, Sragen, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar dan Sekolah Lanjutan Pertama di Sragen, dan kemudian di Sekolah Lanjutan Atas bahagian Sastera di Solo pada tahun 1958. Kemudian dia memasuki Akademi Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Yogyakarta pada tahun yang sama, dan pada tahun 1961, dia memperoleh ijazah I dari akademi tersebut. Danarto menjadi pensyarah di Institut Kesenian Jakarta sejak tahun 1973. 1"> | SASTERA | Tokoh |
CERITA ASAL USUL | CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi. 1"> | SASTERA | Konsep |