Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pul] | سامڤول

Definisi : sarung (surat, bantal, dll), pem-bungkus, penyalut; ~ bantal kain pembungkus bantal; ~ buku penyalut buku (kertas, plastik, dll); ~ duit sarung drpd kertas berwarna yg digunakan utk mengisi duit yg diberikan pd hari raya, perkahwinan dsb; ~ surat sarung drpd kertas, biasanya berbentuk segi empat tepat, utk mengisi surat dsb yg hendak diposkan dsb; ~ (surat) hari pertama (Pos) sampul surat yg bersetem istimewa dan bercap tarikh keluaran hari pertama bagi memper-ingati sesuatu peristiwa; bersampul berbungkus, bersalut, bersarung; anak ~ anak yg dilahirkan berbungkus dgn kulit tipis (dianggap kebal); menyampul memasukkan ke dlm sampul, membungkus, menyalut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pul] | سامڤول

Definisi : benda tipis drpd kertas, kain dll utk membungkus sesuatu; penyalut; sarung. ~ bantal kain penyalut bantal. ~ surat sampul tempat memasukkan surat; sarung surat. ~ tian tembuni. bersampul ada sampulnya; memakai sampul. menyampul memberi ber­sampul; membungkus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampul (kata nama)
Bersinonim dengan pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, penutup, pengikat, pembelit, lapis, sepuh, selaput, salut;,
Kata Terbitan : bersampul, menyampul,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 
DEKSTRIN

Dekstrin ialah bahan melekit yang terbentuk

semasa pemecahan kimia kanji. Sesetengah

dekstrin digunakan sebagai musilaj (gam) pada

setem pos dan sampul surat. Dekstrin juga

digunakan dalam menentukan saiz kertas dan

tekstil.

UMUM 

Kembali ke atas