Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak perempuan yang cantik-cantik, dia berhak dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis. Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah. Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi batu yang mengeluarkan air seperti air mata. Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang kini ialah Turki. |