Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sektor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bahagian: daerah, kawasan, zon, blok, cawangan,

2. Bersinonim dengan bidang: jurusan, pihak, kategori, peringkat, tingkatan, jenis, kelas, cabang.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INSTITUT DIPLOMASI DAN HAL EHWAL LUAR NEGERI (IDHL)

Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL), agensi yang menyediakan latihan formal di peringkat asas dan lanjutan kepada pegawai perkhidmatan luar negeri Malaysia serta pegawai lain dari sektor awam.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
BADAN BERKANUN

BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas