Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.gang] | سڠݢڠ

Definisi : tidak sibuk, lapang (waktu), lega, terluang: waktu ~ dipergunakannya utk mem-baca buku; menyenggangkan menjadikan lapang (waktu), melapangkan; kesenggangan perihal senggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.gang] | سڠݢڠ

Definisi : Kl, Tr antara, jarak, lat, selang (waktu atau tempat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.gang] | سڠݢڠ

Definisi : Mn keras kepala, degil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.gang] | سڠݢڠ

Definisi : tidak sibuk; lapang (bkn waktu): Gunakanlah waktu ~mu dgn membaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senggang (adjektif)
Bersinonim dengan lapang, ada masa, sempat, lega, terluang, ada peluang, sampang, kober;,
Kata Terbitan : menyenggangkan, kesenggangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM 

Kembali ke atas