Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA

CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana  selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja.

1">  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' SERI AGAR DIRAJA

DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga.

1"> 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
MEGAT KHAS MEGAT OMAR, DATO' SERI

MEGAT KHAS MEGAT OMAR, Dato’ Seri (1908-1979), tokoh politik.  Dia lahir pada            1 April 1908 di Istana Talang, Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak.  Dia berasal daripada kerabat diraja Pagarruyung, Sumatera, Indonesia dan adalah salah seorang daripada keturunan Megat Terawis, Bendahara negeri Perak yang pertama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUSUKKapsyen1">          ;1">           Cara pemakaian susuk

 

SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk  ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional.

BUDAYAAlat/Alatan
PENAJIS

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830.  Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau.  Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut .  Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh.  <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah MelayuI> ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh  Datuk Najuh.  Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran  dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN IIIKapsyen1">          :1">           Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III

 

SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAHKapsyen1">          :1">           Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

 

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946-     ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

1">            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik1">           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

1">           

BUDAYAKonsep
MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur ialah menara

komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara

setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas,

Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni

bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan

kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan

Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah

dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki

sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian

Berhad (MKLSB), iaitu

sebuah anak syarikat

TELEKOM Malaysia.

UMUM 
ROKIAH WANDA

ROKIAH WANDA, (1926-1994), pelakon dan penyanyi. Dia lahir di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. ‘Wanda’ adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura.

1">           

BUDAYATokoh
12

Kembali ke atas