Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : panggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja; perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séri) Id; pohon (bunga) ~ sj tumbuhan (pokok dan bunga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyeri menghisap madu dr bunga-bungaan (bkn kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH IIISULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III (  ?  -1615), Sultan Johor yang keenam (1597-1615). Baginda adalah putera Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II dengan anak Seri Nara Diraja Pahang. Nama sebenar baginda ialah Raja Mansur. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor, menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1597 dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV

SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718).  Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil.  Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699).  Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat.  Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.  Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CIK SITI WAN KEMBANG

CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN IIIKapsyen          :           Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III

 

SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas