EMER | Emer ialah butir bijirin yang serupa dengan gandum. | UMUM | |
MASTODON | Mastodon ialah haiwan yang hampir serupa dengan gajah. Sekarang, haiwan ini telah pupus. | UMUM | |
TIUB GEISSLER | Tiub Geissler ialah tiub dicas gas yang serupa dengan lampu neon. Ia terdiri daripada tiub kaca yang mengandungi gas seperti hidrogen, nitrogen, oksigen, dan udara di bawah tekanan rendah. Gas dinyalakan supaya berwarna terang dengan melalukan arus elektrik menerusi tiub itu. Ahli sains menggunakan tiub Geissler dalam penyelidikan, khususnya untuk memeriksa gas pijar dengan peranti yang dinamakan spektrometer (lihat Spektrometer). Tiub Geissler pertama kali dibina oleh Heinrich Geissler, pembuat alat Jerman, pada akhir tahun 1850-an. | UMUM | |
THEREMIN | Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini menghasilkan muzik dengan menggerakkan tangan kanannya di udara di hadapan antena yang terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920. Theremin adalah semata-mata satu keanehan muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo. Penggubah muzik untuk theremin termasuk Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse. | UMUM | |
MANDRAKE | Mandrake ialah nama dua tumbuhan yang serupa yang tergolong dalam famili nightshade. | UMUM | |
KORNET | Kornet ialah alat muzik bras yang serupa dengan trompet pendek. | UMUM | |
SEICHE | Seiche ialah gelombang panjang di tasik, teluk atau lembangan yang serupa. Seiche biasanya disebabkan oleh angin kencang, gempa bumi kecil, atau perubahan dalam tekanan atmosfera. Seiche ringan kerap berlaku di Tasik Geneva di Switzerland dan di Tasik Erie serta Tasik Garam Besar di Amerika Utara. | UMUM | |
SOTHO | Sotho ialah nama sekumpulan orang yang bertutur dalam bahasa yang serupa di Afrika Selatan, Lesotho dan Botswana. Istilah BaSotho bermaksud orang kulit hitam. Pengguna bahasa Sotho utara, selatan, dan barat ialah kumpulan orang yang mempunyai bahasa dan ciri kebudayaan yang tersendiri. | UMUM | |
DIABETES | Diabetes ialah nama dua penyakit yang mempunyai gejala yang serupa, rasa dahaga yang berlebihan dan pengeluaran air kencing yang banyak. Diabetes biasanya merujuk kepada diabetes melitus, yang merupakan penyakit yang paling biasa, apabila tubuh tidak boleh menggunakan gula secara normal. Dalam penyakit yang satu lagi, diabetes insipidus, kelenjar pituitari atau hypothalamus, satu bahagian daripada otak, tidak berfungsi secara normal. | UMUM | |
ANJING RAKUN | Anjing rakun ialah anggota famili anjing berbulu tebal yang tumbuh serupa dengan rakun. Tempat asal anjing ini ialah hutan Siberia dan Asia Timur termasuk Jepun. | UMUM | |