Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERBILANGAN

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERBILANGAN, sejenis peribahasa yang panjang, lebih daripada satu ayat.  Ia berbilang, lantas disebut perbilangan.  Perbilangan  bermakna selapis atau dua lapis.  Perbilangan serupa pepatah dan berfungsi sebagai undang-undang, iaitu Undang-undang Adat Perpatih.  Nama-nama lain bagi perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
METABOLISME

Metabolisme ialah jumlah proses kimia yang

membolehkan sel menghasilkan bahan dan

tenaga yang diperlukan untuk hidup.

Metabolisme mempunyai dua fasa: (1) anabolisme

atau metabolisme membina, iaitu sel

menggabungkan molekul untuk membentuk bahan

organik baru, dan (2) katabolisme atau

metabolisme memusnah, iaitu sel menguraikan

molekul untuk mendapatkan tenaga dan

membebaskan haba. Semua organisma melakukan

kedua-dua fasa ini secara tetap. Rencana ini secara

khusus membincangkan metabolisme manusia,

tetapi, proses yang serupa berlaku pada haiwan

peringkat tinggi.

UMUM 
MAHJUNG

Mahjung juga dieja mah jong atau mah-jong

ialah sejenis permainan orang Cina yang

berkembang pada tahun 1800-an. Mahjung

dipercayai berasaskan permainan yang dimainkan

di China semenjak lebih kurang tahun 500 S.M.

Mahjung sama dengan permainan rummy, iaitu

sejenis permainan kad. Walau bagaimanapun,

sebagai ganti kad, mahjung dimainkan dengan

buah kecil, bersegi empat tepat yang diukir

dengan lukisan dan lambang Cina. Terdapat 136

buah piawai yang terdiri daripada buah angin,

buah naga dan tiga jenis sama bunga – titik, krak

dan bam. Sama bunga diberi nombor dari 1 hingga

9. Terdapat empat buah yang serupa untuk setiap

jenis. Kebanyakan set mahjung turut mempunyai

lapan buah bonus yang mewakili bunga dan

musim.

UMUM 

Kembali ke atas