EMER | Emer ialah butir bijirin yang serupa dengan gandum. | UMUM | |
KORNET | Kornet ialah alat muzik bras yang serupa dengan trompet pendek. | UMUM | |
ANJING RAKUN | Anjing rakun ialah anggota famili anjing berbulu tebal yang tumbuh serupa dengan rakun. Tempat asal anjing ini ialah hutan Siberia dan Asia Timur termasuk Jepun. | UMUM | |
SOTONG | Sotong ialah moluska laut (haiwan yang berbadan lembut tidak bertulang) yang serupa dengan sotong kurita, nautilus dan sotong katak. Sotong hidup di semua laut, biasanya di laut dalam. Ia sering berenang dalam kumpulan yang besar. | UMUM | |
RINGETTE | Ringette ialah sejenis sukan berpasukan untuk gadis dan wanita muda. Permainan ini seakan serupa dengan permainan hoki ais. Permainan ini dicipta di Ontario, Kanada pada tahun 1963. Kini, permainan ini dimainkan di bahagian utara Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah serta Kanada. | UMUM | |
KRUSYE | Krusye ialah cara mengait renda melalui kaedah yang hampir serupa dengan mengait. Renda krusye lebih berat dan harganya tidak mahal. Hampir semua yan atau benang boleh dikrusye tetapi yang paling biasa dibuat krusye ialah benang kapas yang dipintal ketat. | UMUM | |
PANDA | Panda ialah nama dua jenis haiwan Asia. Kedua- duanya agak tidak serupa dengan satu sama lain. Panda raksasa ialah haiwan yang besar dan berwarna hitam-putih. Panda Merah yang juga dikenali sebagai panda kecil berwarna perang kemerahan dan lebih kecil. Kedua-duanya hidup dalam hutan buluh di cerun tinggi gunung di barat dan di barat daya China. Panda merah juga tinggal di Nepal, utara India, dan utara Burma. Panda raksasa ialah haiwan nadir dan dilindungi oleh undang- undang di China. Tabung Antarabangsa bagi Alam Semula Jadi (dahulunya Tabung Hidupan Liar Dunia), sebuah pertubuhan antarabangsa bagi perlindungan hidupan liar telah menerima pakai panda raksasa sebagai simbolnya. | UMUM | |
TIUB GEISSLER | Tiub Geissler ialah tiub dicas gas yang serupa dengan lampu neon. Ia terdiri daripada tiub kaca yang mengandungi gas seperti hidrogen, nitrogen, oksigen, dan udara di bawah tekanan rendah. Gas dinyalakan supaya berwarna terang dengan melalukan arus elektrik menerusi tiub itu. Ahli sains menggunakan tiub Geissler dalam penyelidikan, khususnya untuk memeriksa gas pijar dengan peranti yang dinamakan spektrometer (lihat Spektrometer). Tiub Geissler pertama kali dibina oleh Heinrich Geissler, pembuat alat Jerman, pada akhir tahun 1850-an. | UMUM | |
THEREMIN | Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini menghasilkan muzik dengan menggerakkan tangan kanannya di udara di hadapan antena yang terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920. Theremin adalah semata-mata satu keanehan muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo. Penggubah muzik untuk theremin termasuk Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse. | UMUM | |
SHINTY, | Shinty sejenis permainan yang dimainkan di Scotland. Shinty juga dikenali sebagai camanachd. Terdapat 12 orang pemain bagi satu-satu pasukan. Permainan ini serupa dengan permainan hoki, tetapi pemainnya menggunakan kayu yang lebih pendek yang dinamakan caman. Setiap pasukan cuba membuat jaringan dengan memasukkan bola ke dalam hail (gol) yang berukuran 4 meter lebar dan 3 meter tinggi. Permainan ini terbahagi kepada dua bahagian, setiap satu diberi masa 45 minit. Pemain boleh memukul bola dengan mana-mana bahagian caman, sama ada bola itu berada di udara atau di tanah. Permainan ini lebih pantas dan lebih ganas daripada hoki. Pertandingan utama adalah untuk merebut Piala Pusingan Persatuan Camanachd. | UMUM | |