Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lam] | سيلم

Definisi : 1. gelap (cuaca), kelam, suram: ~ tidak lagi nampaknya terang; 2. sudah terbenam (matahari); 3. telah lampau (lalu): semuanya itu adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yg hanya dapat dikenang-kenang sahaja; menyilamkan 1. menggelapkan, menge­lamkan, menyuramkan; 2. menenggelamkan, membenamkan; tersilam kemalaman; kesilaman keadaan (zaman silam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lam] | سيلم

Definisi : ; kapal ~ kapal selam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lam] | سيلم

Definisi : 1 telah berlalu atau telah lampau waktunya: sepuluh tahun yg ~. 2 redup atau muram keadaannya: Hari pun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silam (adjektif)
1. Bersinonim dengan gelap: kelam, suram, muram, buram, kusam, usam, redup, mendung, gabak,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam,

3. Bersinonim dengan telah lampau: telah lalu, lepas, dahulu,
Berantonim dengan kini

Kata Terbitan : menyilamkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIKADO

Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa

silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang

asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang

bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan

istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun

terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina

sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun

mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang

bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak

dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan

pemerintahan mereka pada masa kini dikenali

dengan nama yang dipilih khas untuk mereka.

Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno

Showa atau Maharaja Showa.

UMUM 
MUZIK ARAB

Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik

sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain.

Bahkan mereka juga menulis pengetahuan

mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh

bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab

yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang

zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan

alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada

masa yang sama muzik Arab juga banyak

mempengaruhi muzik-muzik kawasan

berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi

muzik-muzik di negara-negara Eropah.

UMUM 
TAMADUN PURBA

Tamadun Purba adalah satu istilah yang

membawa pengertian tamadun-tamadun yang

berkembang luas pada zaman silam. Istilah ini

digunakan khas bagi menunjukkan cara kehidupan

yang terdapat di sekitar Laut Mediterranean dari

tahun 3000 S.M. hingga kejatuhan Rom pada tahun

476 M. Ia juga termasuk tamadun besar yang

berkembang luas, iaitu yang dibina oleh orang

Assyria, Mesir, Ibrani (Hebrew) dan Parsi.

UMUM 
ANGIN PASAT

Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup

menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau

tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal

pedagang banyak bergantung pada angin pasat.

UMUM 
AHMAD SHAWQIY

Ahmad Shawqiy (1258 H.–1351 H./1842 M.–

1932 M.) ialah penyair Arab moden. Ahmad Shawqiy

mempelajari syair daripada tokoh silam syair Arab

abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Dia lahir di

Kaherah dan berasal daripada keluarga kacukan

Arab, Kurdis, Turki, Sharkasi dan Yunan. Dia

dibesarkan dalam kehidupan mewah dan selesa

kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengan

keluarga al-Khudiwiy Isma‘il dan keturunan al-

Khudiwiy.

UMUM 
RATA

Rata ialah kenderaan dua roda atau empat roda,

yang biasanya ditarik oleh seekor kuda. Rata adalah

antara kenderaan beroda yang terawal. Ia mungkin

mula dibina di Mesopotamia, iaitu sebuah kawasan

di Timur Tengah lebih dari 4000 tahun yang silam.

Rata dua roda telah digunakan dalam pertempuran

oleh kebanyakan orang zaman purba, termasuk

orang Assyria, Mesir, Yunani, Parsi dan Rom.

UMUM 
OTAK

Otak ialah pusat kawalan induk bagi badan. Otak

sentiasa menerima maklumat dari deria tentang

keadaan di dalam dan di luar badan. Otak dengan

pantas menganalisis maklumat ini dan kemudian

menghantar mesej yang mengawal fungsi dan

tindakan badan. Otak juga menyimpan maklumat

daripada pengalaman silam, yang menjadikan

proses pembelajaran dan mengingat boleh

berlaku. Di samping itu, otak adalah sumber

pemikiran, mood, dan emosi.

UMUM 
KOTA JELASIN

KOTA JELASIN,  salah sebuah ibu negeri Kelantan pada zaman silam. Mengikut sejarah tempatan, Kota Jelasin telah dibina oleh Raja Abdullah dan permaisurinya Puteri Sa’adong atas titah Che Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong, sebuah negeri di Kelantan dengan ibu negerinya di Chetok yang terletak dalam jajahan Pasir Mas sekarang. Kota Jelasin dibina sekitar tahun 1633 sempena pelantikan Raja Abdullah dan Puteri Sa’adong sebagai raja pemerintah. Sumber tempatan lain pula menyebut Puteri Sa’adong telah dilantik oleh Che Siti Wan kembang menjadi raja di Kota Jelasin pada tahun 1677. Manakala sebuah sumber tempatan lain menyebut, setelah Raja Abdullah berkahwin dengan Puteri Sa’adong, baginda telah dilantik sebagai raja negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan gelaran Sultan Abdullah dan kemudian baginda telah membina Kota Jelasin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
AUTOBIOGRAFI

Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi.

Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat

hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan

keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada

pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh

pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau

cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu

peristiwa. Sesetengah orang menggunakan

autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan

tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah

autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang

berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya

pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa

mereka boleh memperoleh wang dari minat orang

ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka.

UMUM 
TAMAN TEMA

Taman tema ialah pusat hiburan luar yang

menawarkan aktiviti tunggangan, permainan,

pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu

atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan

tema merupakan perbezaan utama di antara taman

tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan

menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti

pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda

pusing, dan permainan sampingan termasuk baling

kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan

hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea

yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan

angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman

silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu

membayar untuk setiap permainan, tunggangan,

atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman

tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus

untuk masuk dan menyertai semua acara permainan

dan hiburan.

UMUM 
12

Kembali ke atas