Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si] | سيسي

Definisi : 1. bahagian yg di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping, tepi: dia lari dr ~ku; lukisan badan ikan itu dilihat dr ~; 2. garisan lurus yg menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi: di tiga ~, dia dikelilingi oleh air; 3. segi, sudut, pihak (pandangan dll): mereka memandang dr ~ mereka sahaja; di sisi 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suami­nya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghibur­hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mem­punyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; ke sisi ke tepi, ke samping; dikesisikan diketepikan, dikesampingkan; bersisi, bersisi-sisian berdampingan, ber­dekatan (berjalan, duduk, dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia ke mana-mana; menyisi 1. pergi ke sisi (ke tepi, ke sam­ping), menepi; 2. berjalan dll di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur; menyisikan 1. membawa dll ke sisi (ke tepi); 2. mengetepikan (kerana tidak penting dll), mengesampingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si] | سيسي

Definisi : 1 arah atau bahagian tepi sebelah kanan atau sebelah kiri sesuatu benda: Saya tidak dpt mengecamkannya kerana saya melihat dia dr ~. 2 sudut sesuatu pandangan: Dr ~ masyarakat, perkara itu memang salah. 3 garis yg me­nyempadani sesuatu rajah (segi tiga, segi em­pat dsb). menyisi 1 pergi ke sisi; menepi. 2 berjalan dsb di sepanjang tepi sesuatu; menyusur. menyi­si­kan membawa ke sisi; meletakkan di sisi; mengesampingkan. di sisi 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. ke sisi (pergi dsb) ke tepi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISI EMPAT

Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat

sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat

yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi

empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam

segi empat selari adalah sama. Jika kesemua

sudut dalam segi empat selari adalah bersudut

tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua

empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi

empat selari yang mempunyai empat sisi sama

dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama.

Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d

dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt.

Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi

berlawanan dengannya.

UMUM 
POLIGON

Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh

segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah

panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut

yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon,

manakala titik pertemuan semua sisinya ialah

verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai

tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi

empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon;

tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon;

sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh

sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua

belas sisi, dodekagon.

UMUM 
NISTAGMUS

Nistagmus ialah gerakan mata yang berirama dan

di luar kawalan. Mata boleh bergerak dari sisi ke

sisi, ke atas dan ke bawah, dalam bulatan, atau

gabungan bentuk-bentuk gerakan tersebut.

Pergerakan ini boleh cepat atau perlahan, dan

tersentak-sentak atau lancar.

UMUM 
POLIHEDRON

Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang

disempadani oleh empat atau lebih permukaan

rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi

polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi

poligon ini membentuk sempadan polihedron.

Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali

sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron

termasuklah kiub dan piramid.

UMUM 
SPOONBILL

Spoonbill ialah burung randuk yang kelihatan

seperti burung sekendi. Burung ini mempunyai

paruh berbentuk sudu, yang dihayun dari sisi ke

sisi dalam air semasa ia mencari ikan, serangga air,

dan ketam kecil.

UMUM 
ROMBOID

Romboid ialah satu satah yang mempunyai dua sisi

selari yang sama panjang, dan dua sisi lagi berlainan

tetapi juga sama panjang.

UMUM 
SEGI EMPAT SAMA

Segi empat sama ialah rajah satah dalam

geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus

dan empat sudut tegak (90º) yang sama.

Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama

berukuran empat sentimeter panjang, maka segi

empat sama tersebut boleh dipotong menjadi

4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil

yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang.

Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16

sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam

aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu

kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya,

16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b

mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi

b , atau b+ b, ditulis sebagai . Angka 2 kecil

yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b

dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut

menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah

diambil dua kali sebagai satu faktor.

Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat.

UMUM 
ROMBUS

Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah

yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari,

kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak

bersudut tepat antara satu sama lain.

UMUM 
ROMMEL, ERWIN

Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah

yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari,

kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak

bersudut tepat antara satu sama lain.

UMUM 
PIRAMID

Piramid dalam geometri, ialah bongkah dengan

muka sisi berbentuk tiga segi yang bertemu pada

satu titik atau punca sepunya. Tapak piramid

dikenali sebagai poligon , iaitu permukaan datar

yang disempadani oleh tiga atau lebih sisi. Jumlah

muka mana-mana piramid bergantung pada

jumlah segi di atas tapak. Titik terjauh dari tapak –

tempat semua muka bertemu – dikenali sebagai

puncak piramid.

UMUM 
123456

Kembali ke atas