AMNESTI | Amnesti ialah pengampunan oleh kerajaan bagi jenayah yang telah dilakukan terhadapnya. Amnesti mengembalikan semula status perundangan pesalah kepada status perundangan mereka yang asal sebelum mereka melakukan jenayah tersebut. | UMUM | |
KAUM BANGSAWAN | Kaum bangsawan merupakan golongan yang dianggap memiliki kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Mereka mempunyai status politik khas dan sosial. Status bangsawan adalah diwarisi, dan ia membawa gelaran seperti duke atau earl. | UMUM | |
PAISLEY, IAN | Paisley, Ian (1926– ) ialah menteri Presbyterian Ireland Utara yang terkenal kerana sokongan kuatnya terhadap status Ireland Utara sebagai sebuah provinsi United Kingdom (lihat Parti-parti Unionist). | UMUM | |
DATUK BANDAR | Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada pengerusi majlis borough tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan tempatan yang telah dikurniakan status borough oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MELANAU | ADAT PERKAHWINAN MELANAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak. Adat perkahwinan yang diamalkan bergantung kepada status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk ‘tanda tunaeng’ dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ juga turut ditentukan oleh status sosial ini. Walau bagaimanapun, asas adat perkahwinan adalah sama seperti merisik dan majlis perkahwinan. | BUDAYA | Konsep |
SEGOVIA, ANDRÉS | Segovia, Andrés (1893–1987) ialah pemain gitar klasik tahun 1900-an yang paling berpengaruh. Segovia telah membantu memantapkan teknik moden bermain gitar dan bertanggungjawab meningkatkan status gitar sebagai alat solo dalam muzik klasik. | UMUM | |
PERJANJIAN GUADALUPE HIDALGO | Perjanjian Guadalupe Hidalgo. Amerika Syarikat dan Mexico menandatangani perjanjian pada 2 Februari 1948 yang secara rasminya menamatkan Perang Mexico (1846–1848) yang berlaku kerana pertikaian terhadap status Mexico dan wilayah-wilayah lain. Perundingan perjanjian ini berlangsung di Villa de Guadalupe Hidalgo, pekan kecil yang kini sebahagian daripada Mexico City. | UMUM | |
PERANG KRIMEA | Perang Krimea (1853–1856) ialah perang antara tentera Rusia dengan tentera Berikat dari Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki), Sardinia–Piedmont, dan United Kingdom. Nama perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea, sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine, tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun, sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau itu. | UMUM | |
DASAR BAHASA | Dasar bahasa, keputusan yang dibuat oleh sesuatu pihak yang berkuasa terutama kerajaan, terhadap taraf (status) atau fungsi bahasa atau sesuatu bahasa dalam sesebuah negara, atau masyarakat ataupun di sesebuah institusi atau pertubuhan. | BAHASA | Konsep |
PERSATUAN BAHASA MELAYU | PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia. Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu. Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun. Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya. Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu. | BAHASA | Persatuan |