| SUKAN NEMEAN | Sukan Nemean ialah salah satu daripada empat temasya kebangsaan zaman Yunani purba. Temasya lain ialah Sukan Isthmia, Sukan Olimpik, dan Sukan Pythia. | UMUM | |
| SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| SUKAN SEA | Sukan | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| SUKAN PEMBURUAN | Sukan pemburuan ialah sejenis sukan padang, yang popular di banyak negara. Sukan ini melibatkan dua ekor anjing greyhound, yang bersaing untuk memburu seekor kelinci. Orang yang dinamakan beater memacu seekor kelinci ke arah slipper iaitu orang yang mengawasi dua ekor anjing tersebut. Apabila kelinci itu kelihatan dari jauh, slipper akan melepaskan kedua-dua ekor anjing itu supaya mengejar kelinci tersebut. | UMUM | |
| SUKAN OLIMPIK SEOUL 88 | Sejenis sukan | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| SUKAN PAN AMERIKA | Sukan Pan Amerika ialah rangkaian pertandingan olahraga yang berorientasikan Sukan Olimpik dan dianjurkan oleh Pertubuhan Sukan Pan Amerika yang terdiri daripada 38 buah negara Hemisfera Barat. Sukan ini biasanya diadakan setiap empat tahun sekali. Lihat juga Sukan Olimpik. | UMUM | |
| SUKAN ISTHMIA | Sukan Isthmia. Orang Yunani purba mempunyai empat perayaan negeri yang besar. Satu daripadanya dikenali sebagai sukan Isthmia kerana sukan ini diadakan di Isthmus of Corinth. Selepas tahun 582 S.M., sukan ini biasanya diadakan pada musim bunga tahun kedua dan keempat setiap Olympiad (tempoh masa empat tahun antara sukan Olimpik). | UMUM | |
| SUKAN OLIMPIK | Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik dunia untuk bertanding antara satu sama lain dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan. Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton Sukan Olimpik di kaca televisyen. | UMUM | |
| TERJUN | Sukan | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| TOMOI | Sukan | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |