Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lur] | سولور

Definisi : 1. pucuk ranting drpd tumbuhan yg melata atau melilit, carang, julai; 2. akar yg tumbuh drpd cabang dll (pokok beringin, ara, dll); 3. (Bio) tunas yg menjulur (drpd tum­buhan spt bawang dll); 4. Id garisan (dawai dll) yg berlingkar-lingkar spt spring; ~ batang berbentuk melingkar-lingkar spt spring; ~ bayung sj ukiran yg berupa tunas (pd bumbung dll); ~-bulur a) berbelit-belit tidak keruan; b) tidak menentu (percakapan dll); ~ paut sj julai yg tidak berdaun drpd beberapa jenis tumbuhan (utk berpegang atau berpaut pd batang lain); ~ tiang sambungan pd puncak tiang; bersulur ada sulurnya, tumbuh sulurnya; menyulur keluar memanjang (tunas drpd beberapa jenis tumbuhan), menjalar, menjulur; sulur-suluran tumbuh-tumbuhan yg men­jalar (rotan, sirih, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : sl penyuluh, perisik; ®suluh I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : Pl alas sirih utk pengantin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : 1 pucuk ranting atau julai be­be­r­apa jenis tumbuh-tumbuhan melata atau melilit; pucuk batang muda. 2 akar yg tumbuh pd cabang atau pd dahan (spt yg terdapat pd pohon beringin). 3 tunas yg tumbuh menjulur pd beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (spt bawang, pisang). ~ bayung ukiran yg berupa spt tunas pd bumbung rumah. ~-bulur a. berbelit-belit tidak keruan. b. tidak menentu (bkn percakapan dll). ~ paut julai yg tidak berdaun pd beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk berpaut pd pokok lain (pd pagar dsb). menyulur keluar menjulur (bkn tunas atau pucuk). sulur-suluran beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (spt sirih, rotan, keledek) yg menyulur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulur (kata nama)
Bersinonim dengan carang, julai;,
Kata Terbitan : menyulur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBIKAI

Tembikai ialah nama buah daripada beberapa

jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu.

Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan

batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau

memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut

pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah

daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti

gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat

atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya

sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30

sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4

kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada

samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau

muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna

hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah.

UMUM 
SMILAKS

Smilaks ialah sekumpulan tumbuhan menjalar

berkayu atau herba yang mempunyai akar yang

tahan lasak, berubi dan daun malar hijau, berurat.

Di hujung batangnya terdapat sulur paut

yang digunakan untuk memanjat. Tumbuhan

menjalar ini tumbuh di kawasan sederhana dan tropika.

Ia mengeluarkan gugusan kecil beri berwarna merah, biru,

atau hitam. Sesetengah spesies mengeluarkan sarsaparila,

dan yang lainnya mempunyai batang yang boleh dibuat bakul.

Pengelasan saintifik. Smilaks tergolong dalam famili lili, Liliaceae.

UMUM 
TIMUN

Timun atau mentimun ialah sayur kebun biasa

yang berasal dari selatan Asia, tetapi ditanam

sebagai tumbuhan tahunan di banyak bahagian di

dunia. Timun mempunyai batang menjalar yang

berbulu yang mempunyai banyak sulur paut.

Daunnya yang berbentuk segi tiga mungkin

mempunyai cuping berbucu tiga.

UMUM 

Kembali ke atas