Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : terlepas dr tempatnya lalu jatuh atau gugur, lucut, luruh (daun dll), terkelupas (keropeng kudis dll): giginya ~; kulit ular ~ sekali setahun; menanggali 1. mengupas, melucuti (baju dll): ia ~ pakaiannya; mereka sudah ~ atap rumah itu; 2. membongkar (jentera); menanggalkan menjadikan tanggal, mem­buka (pakaian dll), meluruhkan, melucutkan, mencabutkan: ia bangun lalu ~ kemejanya; sebelum masuk ia ~ kasut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : tanggal II; penanggalan sj hantu yg tidak berkepala (perutnya berjela-jela): adapun ~ itu suka meminum darah orang beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : sj hantu yg tidak berkepala (perutnya berjela-jela): adapun ~ itu suka meminum darah orang beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : Id bilangan yg menyatakan hari keberapa dlm bulan tertentu, tarikh, hari bulan: mereka gajian sbg kuli pengangkat sampah dua kali sebulan, tiap-tiap ~ tiga dan dela­p­an belas; di bawah tandatangan itu dicatat namanya dgn terang, dan ~ hari itu; ~ muda awal bulan; ~ tua akhir bulan; bertanggal ada tanggalnya, bertarikh, ber­hari bulan: berita itu ~ 21 Julai;menanggalkan, menanggali ark membu­buh tanggal (tarikh), memberi bertanggal, mentarikhkan; tertanggal bertanggal, bertarikh, diberi tang­­gal, dibubuh tanggal; penanggalan 1. daftar hari bulan, alma­nak, kalender, takwim; 2. perihal mem­bu­buh tang­gal; 3. tarikh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : terlepas atau terlucut dr tempatnya lalu jatuh; luruh (bkn daun dll); terkelupas atau terkopek kulitnya. menanggali 1 menyebabkan sese­orang dibuka pakaiannya (perhiasannya dll); melucuti: Anak itu ditanggali pakaiannya sebelum dimandikan. 2 membongkar (mesin dsb): Setelah di­tanggali, barulah mesin itu dicuci. menanggalkan menjadikan tanggal; membuka (pakaian dll): melucutkan: Sebelum naik ke rumah, dia ~ kasutnya. penanggalan hantu yg kononnya dpt terbang dan tali perutnya keluar berjela-jela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tang.gal] | تڠݢل

Definisi : bilangan yg menunjukkan hari yg ke berapa dlm sesuatu bulan; hari bulan; tarikh. bertanggal ada tanggalnya; dibubuhi tanggal. pe­nanggalan 1 daftar hari bulan; tak­wim. 2 hal atau perbuatan membubuh tanggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanggal (kata kerja)
Bersinonim dengan terlepas, lucut, gugur, luruh, terkelupas, tercabut, londeh, copot, menggelup;,
Kata Terbitan : menanggalkan, tertanggal,

Peribahasa

Inai tertepung,
     kuku tanggal.

Bermaksud :

Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. tertepung = sudah digiling.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SESENDAL

Sesendal ialah silinder berongga yang

digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam

bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat

elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin

digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi

untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga

mungkin digunakan untuk menyambungkan paip

dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.

Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada

plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam

antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat

elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk

menebat sambungan litar.

UMUM 
KULIT KAYU KERTAS

Kulit kayu kertas ialah pokok besar di

Australasia yang kulit kayunya tanggal yang

kelihatan seperti kertas yang tergantung daripada

batang dan dahannya.

UMUM 
MOTMOT

Motmot ialah nama famili burung yang

berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup

di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada

kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya

mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan

seperti dua raket tenis. Burung ini

menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan

apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa

mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan

burung yang tidak bergerak.

UMUM 
AIDILADHAAIDILADHA, perayaan agama yang disambut oleh masyarakat Islam di seluruh dunia pada tanggal 10 Zulhijah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas