Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : tangkaian ark tempat menyim­pan padi, lumbung, rengkiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkai (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, hulu, pemegang, gandar, taran, tampuk, tangan, baur, garan, pangkal,

2. Bersinonim dengan tandan: tundun, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,


Puisi
 

Si tangkai padi si tangkai lada,
     Selasih di dalam puan;
Sampai mati sampai kurasa,
     Setengah kasih ditinggalnya tuan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menjual tangkai pangkur dedap.

Bermaksud :

Cerita bohong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELIPUK

Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama

yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang

cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan

panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan

bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar

berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya

yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan

terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga

terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas

permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk

berbunga putih adalah yang paling biasa didapati.

Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya.

Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang

manakala yang lain pula mekar pada waktu malam.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili

telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea

alba.

UMUM 
RASEM

Rasem ialah sejenis jambak bunga. Rasem

mempunyai satu batang tengah mengeluarkan

beberapa bunga setiap satunya pada tangkai,

dalam susunan lingkaran.

UMUM 
PAKU SISIK

Paku sisik ialah pakis yang menarik yang

mempunyai daun kecil, halus dan tangkai hitam atau

ungu yang berkilat. Kebanyakan spesies tumbuh di

negara panas, walaupun satu spesies tumbuh di

utara sejauh Alaska.

UMUM 
PADI LIAR

Padi liar ialah butir bijirin yang tumbuh pada

rumput akuatik, berkaitan dengan padi. Tangkai padi

liar tumbuh dari 1.2 meter hingga 2.4 meter tingginya.

UMUM 
ASPEN

Aspen ialah nama tiga spesies pokok poplar saiz

sederhana yang terdapat di Hemisfera Utara.

Aspen mempunyai kulit yang licin, berwarna

cerah dan mempunyai daun yang mungkin

berbentuk tiga segi, berbentuk hati atau bulat.

Daunnya mempunyai tangkai yang panjang, leper

dan bergetar-getar atau berayun-ayun apabila

ditiup bayu lembut. Pada musim gugur, daun

aspen berubah menjadi kuning garang.

UMUM 
SEMALU

Semalu ialah pokok renek kecil yang merimbun,

yang tumbuh di kawasan tropika di Hemisfera

Barat. Ia dikenali sebagai semalu kerana anak

daunnya tertutup apabila disentuh atau terdedah

kepada wasap yang kuat. Pada masa yang sama,

tangkai daunnya membengkok ke arah batang

utama seolah-olah ia mengecut kerana disentuh.

Semalu kadangkala ditanam di rumah hijau

sebagai suatu kepelikan. Daun bagi banyak

anggota famili kacang pis tertutup pada waktu

malam.

Pengelasan saintifik. Semalu tergolong dalam famili

kacang pis, Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Mimosa

pudica .

Lihat juga Tumbuhan telegraf.

UMUM 
TEMBAKAU

Tembakau ialah tumbuhan yang daunnya

digunakan terutamanya untuk membuat rokok dan

cerut. Keluaran tembakau yang lain termasuk

tembakau hisap untuk sentil, tembakau songel atau

tembakau sugi dan tembakau sedut. Gred daun

tembakau yang kurang baik digunakan untuk

membuat racun serangga dan disinfektan. Tangkai

dan batangnya dijadikan ramuan sesetengah jenis

baja.

UMUM 
BICHIR

Bichir ialah ikan air tawar Afrika. Badannya

panjang dan halus, dan dilitupi sisik yang keras,

berkilat berbentuk segi empat bujur. Sirip

sisi (pektoral) adalah seperti kipas berserta

tangkai berisi. Terdapat beberapa spesies, yang

panjangnya dari 35 hingga 70 sentimeter.

UMUM 
KELENJAR PITUITARI

Kelenjar pituitari ialah satu daripada kelenjar

yang paling penting dalam badan. Kelenjar ini

merembes beberapa hormon yang mengawal

pelbagai fungsi badan. Kelenjar pituitari adalah

kira-kira sebesar kacang pis dan terletak di bawah

otak berhampiran dengan pusat tengkorak.

Kelenjar ini dihubungkan oleh satu tangkai pendek

dengan hipotalamus, sebahagian daripada otak.

Kelenjar pituitari kadangkala dikenali sebagai

hipofisis.

UMUM 
TERATAI

Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis

tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan

tempat adalah telipuk Mesir.

Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai

Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya.

Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros

yang lebarnya mungkin 30 sentimeter.

Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2

meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul

hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya

kembang di atas permukaan air.

Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir,

India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan

India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis

Mesir purba.

UMUM 
12

Kembali ke atas