Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AILANTUS

Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di

bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat

ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus

mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang

licin dan mengeluarkan buah berwarna perang

kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat

sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari

China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara

lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan

pokok berdaun jejarum (gambar)).

UMUM 
SURAH AL-MA‘ARIJ

Surah al-Ma‘arij ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 44 ayat.

Surah ini dinamakan al-Ma‘arij (tempat-tempat

turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir

Makkah, secara mengejek-ejek) meminta

kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

azab yang disediakan untuk orang-orang yang

kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak

kedatangannya – dari Allah yang menguasai

tempat-tempat turun naik”.

(Surah al-Ma‘arij 70:1–4)

UMUM 
TEMPAT BERTEDUH

Tempat berteduh ialah suatu struktur atau

keadaan semula jadi yang menyediakan

perlindungan terhadap cuaca buruk, bahaya, atau

gangguan serangga perosak. Manusia memerlukan

tempat berteduh untuk melindungi diri mereka

daripada kesejukan dan kepanasan yang

melampau, serta daripada hujan, salji, dan angin.

Terdapat pelbagai jenis tempat berteduh. Rumah

ialah bentuk yang paling lazim. Jenis tempat

berteduh lain ialah pondok hentian bas, pelindung

bom, bangsal, dan pentas beratap. Tempat

berteduh mudah alih termasuk khemah, treler, dan

bot seperti bot rumah dan kapal layar.

UMUM 
SAUNA

Sauna ialah sejenis permandian khas untuk

membersihkan badan dan bersantai. Ia

mengeluarkan peluh melalui kaedah wap.

Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau

bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna

menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun.

Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di

kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat

peranginan.

UMUM 
PAIP HABA

Paip haba ialah peranti yang memindahkan banyak

haba dari satu tempat ke tempat lain pada suhu yang

agak malar. Paip haba boleh memindahkan lebih

banyak haba per unit keluasan daripada pengalir

logam yang terbaik, termasuk tembaga dan perak.

Tidak seperti kebanyakan peranti pemindah haba,

paip haba tidak memerlukan sumber kuasa luar. Ciri

ini menjadikan tenaga lebih cekap dan lebih jimat.

UMUM 
PAIP

Paip ialah tiub yang digunakan untuk mengangkut

cecair dan gas dari satu tempat ke tempat lain. Talian

paip setara dari segi kepentingan dengan lebuh raya

dan jalan kereta api sebagai cara untuk mengangkut

bahan yang berguna kepada manusia. Paip besar

menyalurkan air dari kolam, tasik, atau lain-lain

sumber bekalan air ke bandar.

UMUM 
AGENSI PELANCONGAN

Agensi pelancongan ialah perniagaan yang

membantu mengatur perjalanan dan percutian

orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang

berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi

pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan

pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk

melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini

juga menawarkan panduan bagi pelanggannya

untuk memperoleh pasport dan visa yang

diperlukan untuk melancong ke luar negara.

Agensi pelancongan juga memberikan maklumat

tentang undang-undang dan peraturan sesebuah

negara kepada pelanggannya. Agensi ini

mengatur pelancongan untuk orang

perseorangan atau secara berkumpulan.

UMUM 
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH

Ketiadaan tempat berteduh ialah satu

keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai

alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat

berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan

yang terbiar, di bawah jambatan, stesen

bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan

kecemasan dan jalanan.

UMUM 
ORIENTEERING

Orienteering, sukan dengan peserta berjalan

dari suatu tempat ke suatu tempat dengan

menggunakan peta dan kompas.

UMUM 
NOMAD

Nomad ialah orang yang berpindah dari satu

tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk

meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal

daripada perkataan Yunani yang bermakna orang

yang merayau mencari padang ternakan.

Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu

kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan

berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad

biasanya berpindah menggunakan haiwan atau

kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini,

sesetengah orang nomad mengembara

menggunakan kenderaan bermotor.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas