Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Pohon selasih pohon kurma,
     Pulau belukar batang gelugur;
Kita berkasih sudah lama,
     Bentang tikar tempat tidur.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DISINFEKTAN

Disinfektan ialah sebarang bahan yang

memusnahkan kuman pada objek tak bernyawa.

Disinfektan yang lazim ialah bahan kimia yang

kuat yang digunakan untuk membersihkan

pakaian atau tempat tidur, bilik orang sakit,

dan peralatan dan juga barang kegunaan untuk

memasak.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
KELAWAR

Kelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh

terbang. Badan kelawar berbulu dan sayapnya

dilitupi kulit yang licin, dan fleksibel. Kebanyakan

spesies kelawar hidup di gua, bangunan, atau

tempat lain yang terlindung. Sesetengah spesies

hidup di atas pokok. Kelawar tidak banyak di

banyak kawasan kerana ia bertenggek di tempat

gelap dan keluar hanya pada waktu malam apabila

kebanyakan orang tidur. Kelawar tergantung kepala

ke bawah apabila ia berehat.

UMUM 
MABUK KETINGGIAN

Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami

pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa

tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali

sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini

disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada

tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan

oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah

sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu,

loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat

kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes,

seseorang akan muntah apabila mengalaminya.

UMUM 
TARSIER

Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai

kepala yang bulat dan mata yang luar biasa

besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia

dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat

(lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan

Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang,

kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek

dan kaki belakangnya panjang yang membantunya

melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya.

Kesemua jari tangannya yang panjang dan

kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi

jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai

cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya.

Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir

kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar

tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25

sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada

tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier

tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke

pokok pada malam hari, memakan serangga, siput,

dan cicak kecil.

Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili

tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius .

UMUM 

Kembali ke atas