SUHU PELEBURAN POLIMER | Suhu berlakunya perubahan keadaan polimer daripada pepejal ke cecair. Pada takat suhu peleburan, polimer mengalami perubahan sifat fizikal secara mendadak. Bahan polimer tidak mempunyai suhu peleburan yang tajam seperti bahan bermolekul kecil yang ringkas, contohnya air yang melebur tepat pada suhu 0ºC. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |
SCHEELE, CARL WILHELM | Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya, dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di Köping, Sweden dan membuat kebanyakan penemuannya di sana. Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin; Molibdenum. | UMUM | |
SILINDER | Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal dengan dua tapak secam yang terletak pada satah selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi) silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan, bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat. Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya. Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik. | UMUM | |
KRONOMETER | Kronometer ialah alat yang menjaga masa dengan amat tepat. Pembuat jam menciptanya untuk kegunaan pada kapal kerana pemandu arah memerlukan jam yang tepat untuk menentukan kedudukan mereka di laut. Ahli astronomi dan ahli sains lain yang memerlukan pengiraan masa yang tepat juga menggunakan kronometer. | UMUM | |
SOLSTIS | Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku setiap tahun apabila matahari berada pada kedudukan paling utara atau paling selatan. Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi. Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan (garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Jadi (garis lintang 2327 selatan). | UMUM | |
SNIPERSKOP | Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat digunakan untuk membidik raifal dengan tepat pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945) untuk membolehkan pasukan tentera berjuang dengan lebih berkesan pada waktu malam. Sniperskop telah diganti dengan starlight skop yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan tentera dan polis bukan sahaja menggunakan starlight skop untuk menembak pada waktu malam, malah semasa meronda di tempat yang gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada senjata yang lebih besar seperti meriam dan pelancar misil serta juga senapang. | UMUM | |
MESIN TRENGKAS | Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator mengeluarkan nombor dengan menekan palang angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang dikehendaki. Palang angka sepadan dengan kekunci syif mesin taip. | UMUM | |
ZENIT | Zenit, dalam ilmu astronomi, ialah titik di langit yang terletak tepat di atas seseorang yang berdiri di permukaan bumi. Zenit terletak pada sfera samawi, tetapi kedudukannya berbanding dengan kedudukan bintang bergantung pada kedudukan geografi orang itu. | UMUM | |
ASTON, FRANCIS WILLIAM | Aston, Francis William (1877–1945), ahli fizik British. Pada tahun 1917, dia mencipta spektograf jisim yang memungkinkan atom yang lebih ringan dan yang lebih berat dipisahkan dan berat atomnya diukur dengan lebih tepat. | UMUM | |
PIGGOT, LESTER | Piggot, Lester (1935– ), salah seorang joki British yang paling berjaya. Dia terkenal dengan keupayaannya menghabiskan perlumbaan dalam masa yang tepat. Dia merupakan juara joki pada tahun 1960 dan setiap tahun bermula dari tahun 1964 hingga tahun 1971. | UMUM | |