STURGES, PRESTON | Sturges, Preston (1898–1959) ialah penulis dan pengarah filem Amerika. Dia terkenal kerana filemnya yang secara terang-terang mempersendakan aspek kehidupan orang Amerika. Filem The Great McGinty (1940) mempersendakan penyangak politik. Sullivan’s Travels (1941) menyerang nilai-nilai kepalsuan yang dilihat oleh Sturges di Hollywood. The Miracle of Morgan’s Creek (1944) dan Hail the Conquering Hero (1944) memaparkan politik sebuah bandar kecil dan pemujaan terhadap wira tentera. Sturges juga menulis dan mengarahkan Christmas in July (1940), The Lady Eve (1941), dan Unfaithfully Yours (1948). Kesemuanya menunjukkan kemahiran Sturges dalam menulis dialog lucu dan mencipta komedi slapstick. | UMUM | |
ORION | Orion, Si Pemburu, ialah buruj yang terang yang termasuk dua daripada bintang yang paling terang di langit. Orion sering digambarkan membelakangi kita. Dalam pandangan ini, bintang merah yang terang, Betelgeuse, menandakan bahu kirinya. Bintang putih biru yang dikenali sebagai Rigel menandakan kaki kanannya. Dua bintang yang lebih malap, Bellatrix dan Saiph, menandakan bahu kanan dan kaki kiri Orion. Orion mudah dikenal pasti melalui satu baris tiga bintang yang membentuk tali pinggangnya. Sebilah pedang, yang terbentuk daripada sebaris bintang yang malap, tergantung dari tali pinggangnya. | UMUM | |
SUPERNOVA | Supernova ialah sebuah bintang yang meletup dan menjadi berbilion kali ganda lebih terang daripada matahari sebelum beransur-ansur lenyap. Pada tahap yang paling terang, supernova mungkin bersinar lebih terang daripada terangnya sesuatu galaksi. Letupan itu mengeluarkan kepulan debu dan gas ke angkasa lepas. Jisim bahan yang terbuang itu mungkin melebihi 10 kali ganda jisim matahari. | UMUM | |
TERANG BULAN | TERANG BULAN, majalah umum di Indonesia. Majalah yang diterbitkan dari tahun 1951 hingga tahun 1960 oleh Fuksi ini dicetak oleh Pers Nasional, Surabaya, Indonesia. Terang Bulan diterbitkan dua kali sebulan. Majalah ini mengandungi 51 halaman dan bayak memuatkan cerita pendek. | SASTERA | Penerbitan |
KAPELA | Kapela ialah bintang yang paling terang dalam buruj Auriga, dan yang keenam terang di langit, tidak termasuk matahari. | UMUM | |
DENEB | Deneb ialah bintang yang paling terang dalam buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang 1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan oleh suhu permukaan yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali ganda diameter matahari. | UMUM | |
METEOR | Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari langit. Kadangkala meteor yang paling terang dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah atau serpihan logam atau batu yang dinamakan meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur. Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau selama kira-kira sesaat. | UMUM | |
SIGNUS | Signus ialah buruj yang terletak di Hemisfera Utara. Ciri buruj ini yang paling menonjol ialah Palang Utara yang terbentuk daripada lima buah bintangnya yang paling terang. Bintang Deneb, iaitu bintang yang paling terang, menandakan bahagiannya yang paling atas yang menghala ke timur laut. Bintang berpasang Albireo pula menandakan bahagian bawahnya yang menghala ke barat daya. | UMUM | |
SAFRON | Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram safron komersial. Safron mempunyai bau yang harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam masakan dan untuk memperisa dan mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan India menggunakannya untuk memperasa pelbagai makanan. | UMUM | |
BUTTERKUP | Butterkup ialah bunga liar berwarna kuning terang yang terdapat di kebanyakan bahagian zon beriklim sederhana. Nama butterkup berasal daripada warna bunga berbentuk cawan. Butterkup biasanya mempunyai lima kelopak bulat dengan permukaan berkilat seperti satin. Daunnya biasanya terbahagi kepada tiga bahagian, dan kelihatan seperti kaki burung. | UMUM | |