Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINOR

Minor adalah orang yang masih di bawah umur. Di

kebanyakan negara, umur yang sah dari segi

undang-undang ialah 21 tahun. Namun kini, banyak

negara telah mengurangkan umur itu kepada 18

tahun. Umur dewasa adalah umur ketika seseorang

itu layak untuk mengundi, dan berkahwin tanpa

meminta keizinan ibu bapa. Ia juga merupakan

umur seseorang itu perlu bertanggungjawab

terhadap perbuatannya.

UMUM 
PERTENGAHAN UMUR

Pertengahan umur merujuk kepada satu tempoh

dalam kehidupan manusia antara masa dewasa

dengan masa tua. Dalam masyarakat industri, tempoh

ini selalunya merangkumi dari umur 40 tahun hingga

65 tahun. Walau bagaimanapun, tiada sebarang

perubahan fizikal atau fungsi kelakuan yang ketara

semasa peringkat umur ini. Jarak pertengahan umur

antara masyarakat mungkin berbeza-beza.

Contohnya, di negara membangun, seseorang itu

dianggap tua apabila berumur 40 tahun.

UMUM 
MEMANCING

Memancing merupakan salah satu bentuk

rekreasi yang paling popular. Setiap orang pada

semua peringkat umur suka memancing di anak

sungai, sungai, tasik, teluk, dan laut. Ikan yang

dipancing pula terdiri daripada pelbagai spesies

(jenis) ikan.

UMUM 
KAEDAH SUZUKI

Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak

bagaimana bermain alat muzik tertentu pada

peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini

digunakan dengan meluas untuk biola dan juga

alat-alat lain seperti celo, flut dan piano.

UMUM 
DEMOGRAFI

Demografi merupakan satu kajian tentang

penduduk manusia. Ahli demografi (pakar

penduduk) mengkaji ciri-ciri seperti umur,

bilangan, taburan dan jantina dalam sesuatu

kawasan. Maklumat ini diperoleh daripada bancian

penduduk ataupun sampel survei kebangsaan.

UMUM 
MENGEMBARA BERJALAN KAKI

Mengembara berjalan kaki ialah senaman

yang menyihatkan dan menenangkan. Hampir

semua lapisan masyarakat daripada pelbagai

peringkat umur menggemari sukan ini yang

dilakukan sepanjang tahun. Mengembara berjalan

kaki memakan masa dari beberapa jam ataupun

hingga beberapa minggu. Ramai pengembara

yang berpengalaman mendapat kepuasan jika

pengembaraan dilakukan di kawasan hutan rimba,

di taman negara atau di hutan. Namun begitu,

ramai orang lebih suka mengembara di kawasan

taman yang berdekatan dengan tempat tinggal

mereka, malahan juga di kaki lima.

UMUM 
BALIGH

Baligh, cukup umur atau dewasa mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara sembilan hingga 12 tahun bagi perempuan, dan 12 hingga 15 tahun bagi lelaki.

AGAMAKonsep
SEKOLAH TINGGI

Sekolah tinggi ialah sekolah yang terdapat di

Amerika Syarikat dan Kanada yang menyediakan

beberapa tahun pengajian untuk kanak-kanak

yang berusia antara 14 tahun dan 17 tahun di

bawah peringkat umur muda. Di negara-negara

lain sekolah tinggi dikenali sebagai sekolah

menengah . Sekolah tinggi menyediakan

pendidikan biasa dan menyediakan pelajar yang

akan melanjutkan pelajaran ke kolej atau untuk

mendapatkan pekerjaan.

UMUM 
MAGELLAN, FERDINAND

Magellan, Ferdinand (1480?–1521) ialah kapten

laut Portugis yang mengetuai ekspedisi pertama

yang belayar mengelilingi dunia. Pelayarannya

memberikan bukti positif yang pertama bahawa

bumi ini bulat. Magellan tidak panjang umur untuk

menyelesaikan ekspedisi tersebut, tetapi

perancangannya yang imaginatif dan

kepimpinannya yang berani membuat keseluruhan

ekspedisi berjaya. Ramai sarjana menganggap

ekspedisi itu suatu kejayaan pelayaran yang paling

besar dalam sejarah.

UMUM 
OSTEOLOGI

Osteologi ialah sains yang berkaitan dengan

struktur dan fungsi tulang. Ahli osteologi mengkaji

tulang manusia dan haiwan. Mereka boleh

menentukan saiz dan tabiat hidup haiwan prasejarah

melalui tulangnya. Mereka juga boleh menyatakan

umur, jantina, ketinggian dan berat manusia atau

haiwan daripada tulangnya. Osteologi juga termasuk

kajian tentang gangguan tulang dan penyakit tulang.

Lihat juga Tulang.

UMUM 
123

Kembali ke atas