Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.zur]/[u.zur] | عذور

Definisi : 1. lemah badan, berpenyakitan, sakit: ia tidak dapat berjalan kerana ~; orang tua ~ orang yg sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit); 2. sesuatu yg menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dll), aral, halangan: kalau tidak ~, saya akan datang juga; 3. ki a) datang bulan, haid; b) mengandung, hamil; 4. ki, bp terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi: jala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dgn yg baharu, tidak ada modal pula; ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dsb;menguzurkan membuat halangan, meng-halangkan (diri); jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan; keuzuran perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.zur]/[u.zur] | عذور

Definisi : 1 sesuatu yg menyebabkan seseorang tidak dpt bekerja (berjalan dll); aral: Kalau tidak ada ~, lusa saya akan ke Singapura. 2 lemah badan; sakit: Badannya sudah ~. 3 ki datang bulan atau haid: Ia tidak boleh bersembahyang kerana ~. 4 ki mengandung; hamil. ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajipan dsb. menguzurkan mengadakan halangan (utk tidak ikut serta): ~ diri. keuzuran keadaan atau hal uzur: ~nya menyebabkan dia bersara awal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uzur (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit: berpenyakit, gering, terlalu tua,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan aral: halangan, rintangan, gendala,

3. Bersinonim dengan datang bulan: datang kotor, datang haid, sakit bulanan,

4. Bersinonim dengan usang: buruk, lama, lapuk, lasam, terlalu tua,

Kata Terbitan : menguzurkan, keuzuran,

Peribahasa

Nan jauh tak terjelang,
     nan dekat tak tertandangi.

Bermaksud :

Sudah terlalu uzur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASUHAN SIANG HARI

Asuhan siang hari ialah khidmat penjagaan

kanak-kanak atau orang dewasa yang uzur, ketika

orang yang bertanggungjawab terhadap mereka

tidak dapat berbuat demikian. Di kebanyakan

negara maju, mengikut tradisi, wanita menjaga

anak di rumah. Walau bagaimanapun, semenjak

beberapa tahun kebelakangan ini, wanita yang

bekerja di luar rumah semakin bertambah.

UMUM 

Kembali ke atas