Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kain baldu dari Makasar, Halusnya tiada dapat ditenun; Laut madu sungai bersakar, Dahaganya tiada dapat diminum. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |