Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suka berleter; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : banyak cakap, cerewet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : banyak bercakap; cerewet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulut (kata nama)
1. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan liang, rongga, muncung, muara, kuala, pintu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan percakapan.


Puisi
 

Buah labu si buah labu,
     Banyak tumbuh di dalambatang;
Mulut manis seperti madu,
     Tidaklah tahu lidah bercabang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Murah di mulut,
     mahal di timbangan.

Bermaksud :

Banyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Waktu membeli tali seluar, Banyak mulut turut mengusut; Baru berdiri kaki gementar, Hendak duduk buntut berbisul.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Saya tak harap padi pulut, Padi pulut banyak antahnya; Saya tak harap janji mulut, Janji mulut banyak susahnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Laut mengganas diterjang ribut, Banyak pencalang menjadi karam; Mulut terlepas pantang dicabut, Banyaklah orang mati bertikam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah labu si buah labu, Banyak tumbuh di dalambatang; Mulut manis seperti madu, Tidaklah tahu lidah bercabang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apabila laut dilanda ribut, Ombak memecah angin gemuruh; Apabila mulut tersalah sebut, Banyak fitnah membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila rumput tidak ditebas, Halaman semak jadi belukar; Apabila mulut tidak dibatas, Lawan banyak diri tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa pula menjerang nasi, Kerana perut sudah kebulur; Mengapa banyak orang berkelahi, Kerana mulut berbicara kotor.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Limau manis tiga serangkai, Taruh mari di kebun Cina; Mulut manis jangan dipakai, Banyak orang sudah terkena.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila duduk di tengah pasar, Banyak berjumpa sahabat handai; Apabila mulut berkata kasar, Rosaklah nama jahat perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas