Yang seorang tidak bersampan, Sampan ada tebing seberang; Hendak berkawan tidak berkawan, Kawan sudah diambil orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berkawan-kawan ke Bukit Kota, Hendak mengambil buah jambu; Ingat pesan Datuk Paduka. Taat kepada ayah dan ibu. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Berkawan melayang ke kuala, Hinggap mari di dahan duku; Manakala dikenang hatiku gila, Cintakan puteri belahan jiwaku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berkawan seiring jalan, Adat bersaudara seia sekata; Adat sejalan pantang melendan, Adat sekata berpantang dusta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pergi mengail berkawan-kawan, Jaga tertib di jalan raya; Hasrat ingin mencapai awan, Tabah cekal pasti berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak ayam berkawan balam, Mata bengkak hingus meleleh; Awak hitam berjalan malam, Manakan nampak hamba memilih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terbang gunduk berkawan tiga, Mari makan padi di laman; Jangan dipujuk kasih adinda, Saya berbalik ke kampung laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Terbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |