Apabila atap sudah berlubang, Hujan masuk tiada bertahan; Apabila cakap suka temberang, Kawan mengutuk binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Batang kemiri sudah berlubang, Tak lama lagi tentulah rebah; Orang ku nanti tak pernah datang, Entahkah kini berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kerana kayu lapuk berlubang, Banyaklah ulat dan anai-anai; Kerana penghulu mabuk kepayang, Banyaklah helat tidak selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jangan dipakai baju berlubang, Pakai bersulam kain pelikat; Jangan dipakai sesudah orang, Sesudah orang merosak kulit. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tidak berlubang; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berlubang; Baik adat elok orangnya, Baik orang bijak menenggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbuang kayu dimakan ulat, Ulat makan batang berlubang; Terbuang Melayu lupakan adat, Adat terlupa bala yang datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengapa gendang berbunyi lembab, Kerana kulitnya sudah berlubang; Mengapa orang rosak perangai, Kerana hidupnya suka temberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Daun yang segar jadi berlubang; Buruk negeri lupakan adat, Dusun yang besar menjadi lengang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Untuk apa orang ke hulu, Kalau kolek sudah berlubang; Untuk apa abang menunggu, Kalau adik sudah bertunang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |