Pisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hijau-hijau air perigi, Kaca remuk di dalam puan; Tuan mengigau saya bermimpi, Mimpi tak salah muka tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Wangi sekali minyak senyonyong, Dituang dengan membaca jampi; Lakilah mati awak mengandung, Dipinang orang rasa bermimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |