| Daun pandan hijau berseri, Dicampur dengan harum setanggi; Seri Dewi namanya puteri, Tidak lelap sampai ke pagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Begitu indah alam berseri, Pakai kebaya pakai sari; Begitu cepat adik berdiri, Belum merangkak sudah berlari. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
| Bila bintang tidak berseri, Itulah tanda hari kan hujan; Apabila abang tidak peduli, Tentulah hamba mencari kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Masjid Abdulrahman indah berseri, Pulau Aman Pantai Maimi; Masjid Baiturrahman tegak berdiri, Walau dilanda ombak Tsunami. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Awan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tuan umpama kain pelikat, Indahnya warna berseri-seri; Tuan sungguh pandai mengikat, Hingga tak dapat saya berdiri. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Alangkah elok buah delima, Warna merah rupa berseri; Memanglah elok tuah bersama, Sama dirasa laba dan rugi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Belum mandi sudah bertandang, Tentulah muka tidak berseri; Belum berjanji sudah meminang, Tentulah hamba tidak peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |