Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adat berjalan mahu bertanya, Bila malu tentu tersesat; Adat berkawan mahu bersama, Bila tak mahu seteru dekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Naik ke bukit bertanya anjung, Buat tanam pisang baka; Kandar sirih sembilan junjung, Nak meminang anak pusaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Perahu cina memuat ikan, Saban hari sarat sinya; Malu bertanya sesat jalan, Segan mengaji sesat matinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Mandi sudah berenang pun sudah, Pergi ke kebun menggali ubi; Bertanya sudah meminang pun sudah, Barulah kita ke rumah tuk kadi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah kecil bertangga lima, Pakai menyalai ikan khasi; Pandang kecil tumpang bertanya, Berapa harga intan di sini?Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
1234

Kembali ke atas