Berteduh bawah titi, Belajar baca rumi; Ibu senang hati, Restu hidup kami. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Masuk sawah padi, Berteduh bawah titi, Elok hati budi, Ibu senang hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Tengah hari duduk berteduh, Penat diam menanti petang; Patahlah hati duduk mengeluh, Melihat imam mandi telanjang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tengah hari baru berteduh, Supaya tidak deman panas; Rendah hati laku senonoh, Di mana tengak beralam luas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hujan rintik-rintik, Mari berteduh di pokok sena; Jangan dipandang orang yang cantik, Orang yang miskin jangan dihina. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau meniup seruling bambu, Dibawa berteduh lepaslah letih; Kalau hidup saling membantu, Mana yang keruh lekaslah jernih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana badak takkan melolong, Hendak berteduh ditusuk duri; Bagaimana awak takkan tersinggung, Awak lumpuh diajak berlari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ambillah kayu buatlah rumah, Rumah siap dapat berteduh; Sambil berguru ingat petuah, Petuah ingat sifat senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang ternpat berteduh; Baik adat elok orangnya, Elok orang sifat senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |