Walau cantik bertudung sutera, Jangan lupa memakai pelekat; Walaupun adik di hujung dunia, Akan kukejar sampai dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang gunung bertudung pokok, Nampak dari Kampung Pana; Duyang bolong sumpit bengkok, Di mana pula burung kan kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dayang Lamit bertudung merah, Dibeli di kedai Jawa; Panjang damit bajunya merah, Di sana tempat terbuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari orang bertudung, Hari panas baju terbuka; Patahlah hati orang sekampung, Menteri ganas penghulu celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hendak hujan hujanlah hari, Biar saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Biar saya mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih kuning naik junjung, Mari dikait pisau patah; Putih kuning turun bertudung, Sayang sedikit gigi berasah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata adat kata bersayap, Digulung kecil dibentang Iebar; Kita seadat sesama seadab, Bertudung adil bertiang benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |