Adat berhenti di tempat teduh, Bila tak teduh tentu berpanas; Adat mengaji taat dan sungguh, Bila tak sungguh ilmu terlepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang di tempat teduh; Jauh adat datanglah bala, Bala datang umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyak-banyak membuat jermal, Jermal dibuat di tempat dangkal; Banyak-banyak membuat amal, Amal ibadat menjadi bekal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau menangguk-nangguk udang, Tangguk dibuat rapat-rapat; Kalau duduk di tempat orang, Duduklah dengan duduk bersifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Serumpun bunga dalam pasu, Harum berputik bunga lilin; Kupohon doa kupohon restu, Embun menitik di tempat lain. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Seluar genggang baju genggang, Pakai anak raja seberang; Biarlah baik mencampak lenggang, Kita berdagang di tempat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Dua Cina dua Melayu, Dua Keling menjual kain; Kerana apa bunga layu, Embun menitik di tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik ke darat memotong getah, Ambil sekerat ampaian kain; Bagaimana tanah nak basah, Hujan menimpa di tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |