Sarat memuat ikan parang, Rehat sebentar menanti subuh; Hasrat merantau di tempat orang, Dapat menukar baju di tubuh. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Sarat Merpati membawa mengkudu, Jinak merpati makan padi; Hasrat hati melayar rindu, Tanak nasi tidak menjadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Asap api nampak bergumpal, Padang kering sudah menyala; Hasrat hati hendak berkenal, Orang berpaling apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api nampak menjulang, Petang hari barulah reda; Hasrat hati hendak meminang, Orang tak sudi undurlah hamba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Nanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi mengail berkawan-kawan, Jaga tertib di jalan raya; Hasrat ingin mencapai awan, Tabah cekal pasti berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sahabat datang melawat Kuching, Kristal mawar sisip di sanggul; Hasrat nak dapat ikan pancing, Kail putus tersangkut tunggul. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Asap api dari seberang, Dibawa angin ke tengah laut; Hasrat hati memetik kembang, Rupanya kasih tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam padi di bukit Selayang, Sudah dituai jual ke pekan; Hasrat hati dikasih sisayang, Rupanya harimau di dalam reban. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Papan saya papan berkerat, Sudah lama saya tempakan; Harapan saya dengan hasrat, Minta tuan jangan hampakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |