Baik-baik berjaja ikan, Ikan lepas kita merugi; Baik-baik menjaga iman, Iman lepas binasa hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sifat muda suka berjalan, Berjalan jauh menuntut ilmu; Adat dijaga sempurna iman, Iman kukuh patut ditiru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu mengikut firman, Firman Allah Yang Maha Besar; Senonoh laku berpatut iman, Iman dan takwa menjadi pagar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah menjala ikan, Menjala ikan tahan bersusah; Bukan mudah menjaga iman, Menjaga iman dengan ibadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Iman kukuh takwanya nampak; Kuat adat mulia maruah, Sifat semenggah senonoh budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun niat yang diniatkan, Iman dan sabar dalam musibah; Adapun adat yang diadatkan, Zaman beredar boleh dirubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Halal dipakai batil dibuang, Iman dan takwa kepada Allah; Besarnya pandai kecil terbilang, Sopan santun tiada menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan iman dan takwa; Elok akhlak nama terpandang, Senanglah badan di hari tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang bertaubat sama dipuji, Supaya kuat iman di dada; Orang berhelat bergesa pergi, Di sana dapat bermain mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |