Cukup tahun jualan murah, Kain berlonggok berguni-guni; Jati diri tidak rasuah, Susah dicari di masa ini. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Cepat-cepat membuat roti, Ada ubi buat penganan; Dapat biasiswa masuk universiti, Jati diri dilupa jangan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Banyak terdapat di kedai Jamilah, Cukup tahun jualan murah; Tidak tercucuk jarum sebilah, Jati diri tidak rasuah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Pandai-pandai mengibar jala, Dapat sembilang ikan berduri; Menjalan tugas dengan setia, Sumbang bakti jati diri. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Mas Ayu Citra Wanita, Avon Mestika bedak puteri; Seru kepada rakyat jelata, Pasti ada jati diri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kuini tumbuh renek, Buah jatuh bertabur, Ini nasihat nenek, Mesti bijak melabur. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Gugur jadi tanah, Tumbuh jadi tebu; Duduk dalam rumah, Tolong ayah ibu. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Berlari macam kuda, Bangun pagi-pagi, Bestari masih muda, Belajar tinggi-tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Ulam asam raba, Ambil buah pedada, Jika rajin mencuba, Peluang pasti ada. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Petik bunga serumpun, Serumpun rumput kuda; Patik mohon ampun, Ampun ayah bonda. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |