Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Anak dara menenun kain, Kain ditenun benang sutera; Hati tidak pada yang lain, Tuan seorang hati tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kain buangkan baju, Sebab baju cariknya lima; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku sudah lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna kain cukin, Sudah ada baju kebaya; Apa guna adik miskin, Baik cari orang kaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada setempat dalam padi, Kain kasa dalam taman; Tak ralat dalam hati, Kain basuh sambutlah tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bungkus kecil berisi kain, Bawa dari Padang Seberang; Kalau abang bercari lain, Tumpang duduk bersama orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdua-dua berjalan malam, Kain disidai di rumah sebelah; Mabuk arak dari semalam, Main mabuk bila nak sudah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas