Puisi
 

Kapal kecil kemudi kayu,
     Hendak belayar tanah seberang;
Kain sekodi pilih sekayu,
     Boleh dapat cindai terbilang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mati berkapan cindai.

Bermaksud :

Mati dalam kemegahan. (Bandingkan dengan: Biar mati berkapankan kain cindai, jangan kain kadut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Ular lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Untuk apa kain cindai, Supaya dapat kain baru; Untuk apa kahwin cerai, Supaya dapat kahwin baru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa.Pantun Melayu SarawakKasih
Kapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ada satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan

Kembali ke atas