Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Katil dihias kain kapas, Kain nipis berbayang-bayang; Dalam tangan lagi terlepas, Inikan pula berkasih sayang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Penyeri rumah dalam puan, Kain kapas kain sutera, Nama terpahat di tugu pahlawan, Jadu tatapan anak Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kain sutera kain kapas, Kain bertabur mawar merah; Dalam hati haran tak lepas, Tunggul dipandang terbayang wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kapas-kapas bertali benang, Lepas benang bertali kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sudah kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |