Pakai baju kain kasa, Kain dibeli dari pekan; Jangan lekas berputus asa, Ulat batu lagikan makan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pagi-pagi sudah membasuh, Basuh baju kain kasa; Lagi kecil dididik diasuh, Besar nanti berbuat jasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kami hendak pergi mengail, Tutup rumah kain kasa; Tsunami ibarat kiamat kecil, Cukup sudah seksa dirasa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Jika puan betul nareka, Tareka saya kain kasa; Jika tuan benar suka, Pulang berunding dengan ibu bapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jahit kain kasa berbunga, Lebih kain buat selendang; Jika begini rasa-rasanya, Akhir kampung menjadi padang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Ada setempat dalam padi, Kain kasa dalam taman; Tak ralat dalam hati, Kain basuh sambutlah tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak itik anak angsa, Beri mandi kolam dalam; Kain batik baju kasa, Boleh tidak jalan malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |