Kecil-kecil tuanya lidi, Hendak berkayuh pasir seberang; Kecil-kecil pandai berbudi, Hendak sekupang tiada di tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kecil-kecil buah temponek, Kasi makan anak Cik Batak; Sudah berpesan datuk nenek, Ayam garang kepala botak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kecil-kecil kacang kelisa, Pandai melilit di pagar orang; Tengok kecil mulutnya bisa, Pandai menyakit hati orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Kecil-kecil ditimang ibu, Sudah besar menimang abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Galah besar bergalah kecil, Galah kecil kita lapisi; Salah besar kita lapisi, Salah kecil kita habisi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yanglah kecil biarlah kecil, Supaya dapat mengenal dirinya; Orang tua degil biarlah degil, Supaya cepat tanggal giginya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |