Adat Melayu pantang khianat, Orang khianat dimakan kutuk; Menurutkan nafsu datanglah laknat, Orang terlaknat matinya teruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang berzina, Berbuat zina dosanya besar; Jahatlah laku membuang sumpah, Khianat ke sumpah tuahnya pudar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik-baik memancang tanah, Salah tempat jadi beramuk; Baik-baik abang bersumpah, Bila khianat mati terkutuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik memasang taji, Salah ikat tak kena lawan; Baik-baik abang berjanji, Bila khianat merosak badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tabiat Melayu pantang mengiri, Sesama umat berkata jujur; Sepakat Melayu petang dan pagi, Siapa khianat dia kan hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila bertiup angin utara, Berlabuh cepat supaya selamat; Apabila hidup ingin sejahtera, Jauhkan sifat dengki khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak berulat; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Satu dua orang berjalan, Datang hujan terlalu lebat; Dulu kita seiring jalan, Sekarang tuan mahu khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |