Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Apabila bertanak tidak masak, Jangan tengarang kita pecahkan; Apabila beranak tidak berakhlak, Janganlah orang kita salahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Jangan memalu-malu parang, Parang dipalu tidak diasah; Jangan suka memalukan orang, Orang malu kita pun susah. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Duduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Biarlah orang memancung kepala, Kita memancung biji mudanya; Biarlah orang menyanjung rupa, Kita menyanjung isi dadanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang menakuk tangga, Kita selalu bertangga naik; Biarlah orang berburuk sangka, Kita selalu bersangka baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |